Ramadan Kareem
Study...
Saya masih lagi study untk Dip.Kehakiman dan Guaman Islam di UKM, setiap hari sabtu.Saya menulis ni pon di dalam dewan kuliah..saya akan teruskan kelas ini sehiangga habis pada tahun 2010 nanti..InsyaAllah...
Perkahwinan...Mabruk
Tanggal 15 Ogos yang lepas,berlansungnya perkahwinan Kak Hamidiah dan suaminya di Port dickson.Saya dengan mak sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut yang diadakan dari petang hingga ke malam.Saya bertolak selepas maghrib sebab bekerja pada waktu petang.
Selepas raya nanti khabarnya ramai jugak yang akan mendirikan masjid.Majlis Walimah akak Sykin pada bulan 10 nanti,kad jemputan sudah pon sampai k rumah..begitu jugak khabarnya abg Zulnasri dan akak Lamka pada hujung bulan Oktober..
Bertemu Kak Syinah di Friendster...
Gembira betul saya,bila saya dapat berjumpa kembali dengan Kak Syinah bila sudah hampir 18 tahun berpisah.Tapi, saya terkilan sebab tak dapa hadir ke majlis perkhawinannya pada tahun lepas kerana 2 sebab.Pertama, kami masih lagi terputus hubungan dan kedua saya masih lagi di Mesir.Dulu saya berjumpa dgan Kak Norliana di FS jugak setelah terputus khabar hampir 19 tahun,tapi kami bertemu balik bilamana akak Liana pon dah dapat sorang anak.
Saya dan keluarga akan pergi ke Majlis Perkahwinan GG,adik kak syinah yang juga sebaya dan kawan sepermainnan kecik2 dulu di Klang.Saya harap dapat jumpe kawan2 lama yang sudah lama terputus hubungan macam Hassan(yang dengarnya dah kahwin),Azam,Aboi dan lain2
Natijah imtihan..
Saya telah dikhabarkan berita mengenai natijah kawan2 saya di Mesir.Mabruk Bob.kepada Afer,banyakkan berdoa dan kuatkan semangat aku doakan semoga kau berjaya nanti...begitu jugak dgn Rahman dan Sap.
Selamat Hari Raya..
Selamat Hari Raya jugak kepada semua kawan2..kawan2 lama atau kawan2 yang baru saya kenal..Maaf Zahir dan Batin..sebagai insan biasa..kite tak lepas dari kesalahan..
Posted by ezzad at 10:04 am
Make a comment Permalink
Assalammualaikum w.b.t...
BUKAN NIAT
Bukan niat saya untuk menyepi atau menyombong diri selama ini.Tetapi waktu cukup terbatas untuk saya mengutus berita kepada teman2 terutamanya yang masih di Ardul Kinanah.Atau mungkin juga saya ter lupa yang saya memiliki satu blog yang dulu saya selalu manfaatkan?hmm..mungkin..
Tanggal 25 Mei 2008
Hari tu titik perubahan dalam hidup sy.ada 2 peristiwa yang yang tercatat dalam diari hidup saya.Yang pertama hari kematian Pak Long saya yang dan yang kedua Majlis Perkahwinan Shamwill.
Selamat Penyantin Baru Syam!
Malam sebelum hari bersejarah itu,saya keluar berseorangan membeli hadiah untuk majlis perkahwinan Shamwill di Seremban Parade.Malam itu juga Malaysia sedang sebuk menonton Konsert Akademi Fantasia Final.Saya sudah merancang akan ke majlis Walimah itu dengan Aznor,kawan saya.Malangnya pagi 25 Mei jam 630 pagi kami saya dan keluarga dikejutkan dengan satu berita.Saya sempat menghantar SMS kepada Syamwill diatas ketidakhadiran saya di majlis perkahwinannya.
Al-Fatihah.
"Pak Long pengsan,cepat call Pak Ngah!!"suara mak mengejutkan saya dari lena.Saya bingkas bangun dan keluar dari bilik.kelihatan Angah sedang mendail nombor Pakngah untuk menyampaikan berita itu.Segera saya mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh.Selesai solat saya mendail nombor henset Syukri,anak arwah"Syukri,macamne keadaan Paklong?" "Abah pengsan lagi"suaranya tersekat2 dan teresak2 menangis.Kedengaran tangisan Mak Long dan Kak Azie semakin jelas."Cuba pengku kepala ayah,ambil air secawan,baca Bismillah dan sapukan perlahan2 ke muka,sambil tu panggil ayah sekali"arah saya.Saya mematikan talian dan segera menukar pakaian.Sebelum menaiki kereta saya sempat menghubingi sekali lagi."Macamane sekarang?" " Tetap tak berubah!muka ayah makin pucat "suara cemas bercampur tangis."Cuba tengok nadi atau rasa dengup jantung"."Kejap......takde ape2..kosong!!" "Call ambulan..abang,Mak Lang dan Pak Lang kejap lagi sampai"
Perjalanan memakan masa hampir setengah jam.Sesampai di halaman rumah.Kelihatan kereta Pak Ngah dan ambulan sudah tiba.Kami segera masuk ke rumah dan kelihatan satu jasad sedang berbaring di sebelah meja makan.Pak Long sudah pergi...mak long,akak zie dan Syukri sedang mengemas rumah sambil menangis.Mak cuba menenangkan Mak Long dan saya mengusap belakang Syukri."Ayah,syukri akan belajar bersungguh2 untuk spm nanti" Itulah butir janji yang masih saya ingat.
Al-Fatihah untuk Kamaruzzaman bin Omar.
Berpindah
Sejak itu kehidupan saya dan keluarga ini berubah.Rumah banglo 2 tingkat terlalu besar untuk mereka tinggal 3 beranak,dalam masa yang sama Kak Azie menghadapi masalah kesihatan sejak kecil.Syukri pula perlu ke sekolah setiap hari.Mak Long pula akan kembali mengajar setelah habis cuti sekolah nanti.Setelah berbincang saya bersetuju untuk tinggal disana memandangkan keadaan rumah yang kurang selamat dan sekurang2nya saya boleh membantu Syukri belajar untuk SPM nanti.Sekarang saya tinggal di Labu Hilir bersama keluarga ini.Setiap hari saya memandu kereta peninggalan arwah memandangkan kereta itu sudah tidak terpakai.Setiap hari juga saya saya akan mengantar Kak Azie ke rumah Pakngah.Sekurang2nya dia boleh mencari pengalaman di salah satu kilang Pak Ngah nanti.Saya juga diamanahkan untuk menghantar Syukri ke kelas Tuisyen di Nilai dan Ampangan.
UKM
Saya akan mendaftar untuk kemasukan Diploma Undang2 Kehakiman dan Guaman Islam ada 29 Jun nanti.Pada 5 Mei pula kelas pertama akan bermula.Tak sabar rasanya nak study balik.Saya tidak perlu risau pengakutan untuk pergi ke UKM nanti memandangkan saya boleh mamakai kereta tinggalan arwah dan perjalanan dari rumah Mak Long ke UKM lagi dekat berbanding dari rumah Mak.
Bittaufik Wannajah
Buat semua teman2 dan adik2 yang sedang bertungkus lumus menghadapi musim imtihan.Pengalaman saya,sekarang mungkin kalian sudah berada penghujung musim imtihan atau mungkin ada yang sudah selesai.Nasihat saya berdoalah dan bertawakallah.Mudah2an kalian berjaya.Amin...
Posted by ezzad at 06:47 am
Make a comment Permalink
23 Februari 2008...
Selamat jugak kawan aku sorang ni mendirikna rumahtangga..dan sempat jugak aku merasa nasik minyak pasangan Siti mariam Aziz dan Kamarul Izwan di Palong satu.Dua2 nye merupakan kawan lama saya di SMRA Gemencheh dulu,kawin jugak korang kan..bercinta dengan orang lain..kawin dengan orang lain pulak..hahaha...Saya bertolak dari rumah menuju ke rumah Ateng pada pukul 11 pagi..lepas tu kami pergi ke KTM untuk menjemput Si tunang Ateng ni..A Ai..kawan lame aku jugak..nape la korang ni suke kawin dengan budak satu sekolah huhuhuh..
Kat sane kami bertemu Us.Adnan dan keluarga..Ajib dan isteri Kak Shalira serta anak lelakinya yang berusia 2 bulan...Abdul Razik namenye..lagi ade topek..Nirwan..Acir dan isteri..syidah dan gg..dan beberapa orang kawan lama di SMRAG dulu.Selepas selesai bergambar kami singgah pula di rumah Ajib di kuaters Guru di Jelai 1.Selepas tu kami bertolak ke Bangi..mule kami pergi ke rumah Maslina untuk menghantar hadiah perkahwinan yang dikirim Nuri dan aku..lepas tu kami pergi ke UKM untuk menghantar Aai ke kolej...
Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai..semoga rumahtangga di rahmati dan dikurnai cahaya mata yang soleh...Amin...

Posted by ezzad at 09:13 am
Sudah lama saya tidak mengutus berita...peluang kemudahan internet yang ada sepatutnya sudah saya manfaatkan untuk blog ini..namun kemalasan menghantui diri pula...
SEBULAN..
Lebih sebulan saya sudah berada di Malaysia..mungkin ada kawan2 yang ingin perkembangan saya disini...Saya menunggu pekerjaan lebih 2 minggu.Sepanjang tempoh itu saya hanya berehat di rumah..Pertemua saya dengan Kak Sue dan ABI membuahkan hasil apabila saya diterima bekerja di Syarikat INQUAS milik En.Najib Khairuddin(ABI)..namun tak sampai seminggu saya dipanggil untuk mendaftarkna diri sebagai Sukarelawan Berelaun di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.
PELUANG..
Inilah peluang yang saya impi2kan selama ini..bekerja dalam bidang Mahkamah..dengan peluang kerja ini saya yakin akan mendapat seribu pengalaman dan pengalaman beharga itu semestinya memudahkan saya untuk bertugas dalam bidang ini kelak.Disini saya dikejutkan ldengan sedikit perubahan suasana kerjaya.Mahkamah berperanan sebagai penyelesai masalah umat Islam,dan tenaga kerja adalah doktornya.bermacam2 masalah yang saya ketemui disini.Pergaduhan suami isteri menuntut hadhanah,nafkah anak,berpoligami,tangis,marah semua sebati didalam mahkamah.Hati Lembut saya tersentuh bila pertama kali masalah ini diperdengarkan.Namun sekarang saya sudah lali,inilah tugas yang saya perlu hadapi dan saya cita2kan..saya takkan ubahkannya hanya kerana belas kesihan yang menguasai diri.
Kes Abdul Rahman Gan bin Abdullah VS Adik-beradik Cina Budha.
Sesiapa yang suka membeca akhbar pasti ada terbaca kisah ini.Kisah tuntutan seorang lelaki terhadap mayat ayahnya yang didakwa Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.Namun keenam-enam adik beradiknya yang beragama Budha menafikan pengislaman tersebut ,lalu berlakulah perebutan terhadap mayat yang dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.Plaintif anak sulung mayat tersebut Abdullah gan Abdullah, bersama Majlis Agama Islam NS,JAINS dan pegawai pendaftar Muallaf..tetapi tiada responden.Kes ini dinamakan Ex-PARTE kerana hanya sebelah pihak sahaja yang memohon.Semasa si mati memeluk agama Islam,hanya Abdullah Gan dan pegawai2 Pusat Dakwah sahaja yang tahu,tidak anak2nya yang lain.Adik-beradik itu telah menfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Sivil dan menggunakan khidmat 2 orang peguam berbangsa Cina.Yang lebih mengejutkan peguam itu mempunyai Dip.Syariah Undang2 sedangkan mereka bukan orang Islam!!Ini membuatkan saya seperti tercabar..bagaimana orang kafir sanggup belajar mengenai agama Islam sedangkan orang Islam tidak mahu mengkaji mengenai agama lain.
Akhirnya setelah mahkamah menangguhkan kes ini selama 2 hari bagi membolehkan notis hadir ke Mahkamah di serahkan kepada sampai kepada adik-beradik Budah itu,namun semalam mereka seolah sengaja enggan hadir.Hanya wartawan2 yang hadir ke Mahkamah seperti waktu ditetapkan.Setelah dikemukakan bukti2 oleh peguam palintif Akhirnya permohanan untuk status pengislaman si mati berjaya dan diarahkan untuk dikebumikan mengikut ajaran Islam.
Setelah tamat perbicaraan,selang setengan jam kemudian datang seorang YB berbangsa Cina yang kemungkinan pemimpin DAP bersama seorang PA yang berbangsa MELAYU? datang berjumpa Amir Gan untuk menyampaikan saman dari Mahkamah Sivil.Perbicaraan di Mahkamah Sivil diadakan pada jam 4 petang semalam,walhal jenazah telah dikebumikan pada waktu itu.Akhirnya Mahkamah Sivil memutuskan segala kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah di bawa ke Mahkamah Syariah.Alhamdulillah..Allah memberi kemenangan kepada Islam.............Al-fatihah untuk Amir Gan bin Abdullah.
Mengajar..
Setiap hujung minggu saya akan mengajar Bahasa Arab untuk orang dewasa di kampung saya sendiri,pada bulan Februari pula saya akan mengajar untuk pelajar2 Sekolah di INQUAS,Taman Cengal Utama.Penuh jugaklah aktiviti harian...huhuh
Study lagi...
saya sekarang sedang memohon untuk mengambil Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam di UKM.InsyaAllah saya akan mula pengajian pada Bulan Julai akan datang.Moga2 segala urusan dipermudahkan Allah..Amin..
Itulah sedikit cerita sepanjang bulan ini..Saya akan terus mengutuskan berita dan cerita-cerita menarik untuk sahabat2 semua.jangan lupe tinggalkan mesej anda disini key..Salam jumpa lagi..
Posted by ezzad at 06:41 am
Make a comment Permalink
Google Modules
| Next Page |


